Friday, February 11, 2011

Medical Card

 
Penting ke medical card nih?
Jawapan lazim bagi segelintir orang:
a)    Mereka yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan: “ I fully covered by government la. Dapat bilik Kelas 1 lagi! Buat apa nak beli insurans?”
b)    Mereka yang bertuah sebab ada company cover: “ I ada company cover, so I tak perlukan medical card ni.”
c)    Mereka yang tak bekerja dengan kerajaan mahupun ada company cover: “ Alah… hospital gomen kan ada. I tak kisah pun pegi hospital gomen.”
d)    Mereka yang ‘kebal’ atau rasa diri mereka kebal: “ I jaga kesihatan I. I makan banyak supplement (vitamin), I exercise, I jaga makan. Rasanya risiko untuk sakit kritikal rendah so tak payah la ada medical card.”
 

Kenyataannya SEMUA orang memerlukan medical KECUALI mereka yang covered by company seumur hidup dan tanpa had (unlimited). Setahu saya, company yang terus cover staff mereka selepas pencen dan tanpa had di Malaysia ni boleh dibilang dengan jari je.
 

Berikut adalah alasan kenapa semua orang perlukan kad perubatan (medical card):

Bagi orang2 dlm kategori (a) di atas:

Alhamdulillah dan tahniah kerana anda merupakan sebahagian dari jentera kerajaan dan sememangnya anda memang layak untuk diberi coverage sebegitu oleh kerajaan! Dan syukur dan terima kasih kita kepada kerajaan Malaysia kerana masih lagi sanggup menanggung subsidi perubatan kakitangan kerajaan yang menjangkau jumlah berbilion ringgit setiap tahun. Namun adakah hospital2 kerajaan yang terdapat di seluruh Negara ini mampu untuk menampung semua rakyat Malaysia  yang sehingga kini berjumlah 27.5 juta penduduk? Mengikut pengalaman ibu saya sendiri (seorang warga pencen kerajaan) yang dimasukkan ke Hospital Seremban beberapa tahun dulu akibat darah tinggi, beliau ditempatkan di atas katil semetara (Temporary Bed) yang diletakkan di sebelah kaki katil seorang pesakit lain dan bersebelahan dengan pintu tandas WALAUPUN ibu saya sebenarnya layak untuk mendapat bilik Kelas 1!! Dalam satu peristiwa yang lebih menyedihkan lagi, saya telah sempat berkenalan dengan seorang jurutera kerajaan yang kehilangan sebelah kakinya beberapa tahun dulu. Lepas disoal-selidik beliau tanpa berat hati bercerita. Rupa-rupanya beliau pernah dipatuk ular berbisa di kampung beliau beberapa tahun dahulu. Tetapi akibat terlalu lambat menerima rawatan akibat ‘queue’ yang panjang di wad kecemasan sebuah hospital kerajaan, akhirnya bisa ular itu telah merebak ke bahagian pangkal kaki dan kaki beliau terpaksa dipotong!! Saya tidak bersikap anti terhadap hospital kerajaan. Malah adik saya juga merupakan seorang doctor di sebuah hospital kerajaan. Namun hakikatnya kebanyakan hospital kerajaan terlalu terbeban dengan bilangan pesakit yang sangat tinggi. Jika diberi pilihan, sanggupkah anda mengambil risiko yang tinggi serta menghadapi ketidakselesaan lain dalam keadaan anda yang sememangnya sedang sakit itu (seperti dalam kes ibu saya tadi)?

Bagi orang2 dlm kategori (b) di atas:
Bagi mereka yang di dalam kategori ini, kena lah bertanya diri sendiri “Adakah company masih cover selepas anda bersara?” “Sekiranya sesuatu berlaku ke atas anda (contohnya sakit kritikal atau hilang upaya kekal) dan anda tidak lagi boleh bekerja, berapa lamakah company anda sanggup terus menampung kos perubatan anda? Adakah selama 6 bulan, 1 tahun atau 2 tahun? Apa yang akan terjadi selepas tempoh itu? Selain daripada itu, kebanyakan syarikat hanya akan cover staff mereka mengikut had-had ataupun untuk rawatan tertentu sahaja. Oleh itu siapa yang akan menanggung kos yang selebihnya?

Bagi orang2 dlm kategori (c) di atas:
Sila rujuk jawapan bagi kategori (a) ;)

Bagi orang2 dlm kategori (d) di atas:
TAHNIAH kerana anda pandai menjaga kesihatan anda! Saya pun belum tentu lagi serajin dan sebaik anda dari segi menjaga kesihatan saya. Tapi sedarkah anda bahawasanya kes-kes kemasukan di hospital bukan hanya merangkumi sakit yang disebabkan oleh penyakit sahaja. Bagaimana jika anda ditimpa kemalangan?? Adakah dengan menjaga kesihatan anda dengan baik dapat menjamin bahawa anda tidak akan ditimpa kemalangan? Mungkin kita memandu dengan berhemah di jalan raya tapi kita juga boleh menjadi mangsa kepada sikap tidak bertanggungjawab dan ketidaksabaran orang lain! Adakah kita tidak memerlukan rawatan di hospital sekiranya perkara ini berlaku?

Sekiranya anda setuju dengan hujah-hujah saya di atas dan berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kad perubatan (medical card) Prudential BSN Takaful, sila klik

No comments:

Post a Comment